GMAW PROCESS

PRINSIP ASAS PROSES GMAW



Proses kimpalan arka gas logam (GMAW) atau kimpalan gas lengai logam (MIG), adalah proses yang menggunakan arka di antara suapan elektrod yang berterusan dengan kolam leburan kimpal, di mana ujudnya percantuman atau sebatian oleh kepanasan arka yang dihasilkan oleh leburan elektrod dengan logam asas.  Proses ini digunakan bersama dengan gas dari bekalan yang berasingan.     
        Konsep asas kimpalan arka gas logam telah diperkenalkan dalam tahun 1920 tetapi ia tidak dipraktikkan, pada tahun 1948 baru ia dipergunakan dengan meluasnya.  Pada mulanya ia digunakan untuk mengimpal aluminium dengan gas lengai sebagai pelindung, dengan ini ia telah diistilahkan sebagai kimpalan gas lengai logam(MIG).  Apabila proses ini dilakukan ke atas pelbagai jenis logam dengan penggunaan gas campuran seperti Karbon dioksida (CO2), istilahnya telah bertukar kepada kimplan arka gas logam (GMAW).
        Proses kimpalan arka gas logam yang berbeza-beza memerlukan elektrod gunahabis (consumable) yang tidak bersalut, dari itu leburan logam mesti dilindungi oleh gas pelindung (lengai) supaya kimpal tidak dicemari oleh atmosfera.       

          Kimpalan arka Gas Logam boleh dilakukan secara automatik atau separa-autornatik, semua jenis logam boleh dikimpal dengan proses ini, seperti keluli karban, keIuIi aloi, keluli kaliskarat, aluminium, titanium, dan nikalam dalam semua kedudukan, pemilihan gas pelindung yang sesual, elektrod dan pelbagil kerja kimpalan.

          Kimpalan arka Gas Logam boleh dilakukan secara automatik atau separa-autornatik, semua jenis logam boleh dikimpal dengan proses ini, seperti keluli karban, keIuIi aloi, keluli kaliskarat, aluminium, titanium, dan nikalam dalam semua kedudukan, pemilihan gas pelindung yang sesual, elektrod dan pelbagai kerja kimpalan.


    KEGUNAAN DAN KEBAlKAN.

     Pemilihan untuk mengunakan proses ini tentulah disebabkan kelebihannya seperti berikut:-
1.                                                                                     Ia mengunakan elektrod gunahabis yang boleh digunakan untuk mengimpal 
         kebanyakan logam dan aloi.

2.           Proses ini mengatasi masalah panjang elektrod yang tiada had berbanding dengan Kimpalan Arka Logain Terlindung (SMAW).

3.           Kimpalan boleh dilakukan dalam semua kedudukan.

4.           Kadar timbunan adalab lebili tinggi dibandingkan dengan Kimpalan Arka Logam
Terlidung.




5.           Kelajuan mengimpal adalah tinggi dari Kimpalan Arka Logam Terlindung ,ia
 disebabkan suapan elektrod yang berterusan dan kadar~penimbunan logam   
 pengisi adalab tinggi.

6.           Disebabkan suapan elektrod yang berterusan, kimpalan yang panjang boleh
         dibuat tanpa berhenti dan mula.

7.                                                                                     Apabila pemindahan sembur digunakan, penusukan dalam akan diperolehi
 dibandingkan dengan kimpalan Arka Logarn Terlindung. Ia boleh mengunakan  
 elektrod bersaiz kecil dan seimbang dengan kekuatan yang diperlukan.

8.           Kerja pembersihan adalah paling minima disebabkan tiada jermang yang tebal

9.           Kebaikan ini menjadikan ja proses yang sesuai untok pengeluaran yang banyak 
dengan pengunaan kimpal automatik. Ia menjadikan proses ini lebih sesuai 
dengan pengunaan robot.

KEBURUKAN:

Seperti mana proses -proses lain, terdapat juga had pengunaannya, diantaranya adalah seperti berikut:­

   I.         Alat kelengkapannya adalah lebih kompleks, lebih mahal dan kurang bergerak dengan mesin kimpalan arka logam terlindung.

2.        Mesin Kimpalan Arka Gas Iogam lebih susai dikendalikan dilempat yang "Susah
dicapai" disebabkan pistol atau obornya lebih besar dibandingkan dengan pemegang elektrod Kimpaan arka logam terlindung. Pistol atau obornya mesti berhampiran dengan sambungan kimpal, iaitu diantara 10 mm dan 20 mm untok mempastil logam kimpal dapal dilindungi.

 3.         Arka kimpalan mesti dilindungi dari kemasukan udara luar yang akan
            melemahkan  semburan gas pelindung.

  4.         Paras pancaran yang tinggi dan arka yang kuat menyulitkan jurukimpal.



  DASAR PROSES KIMPALAN ARKA DAN GAS LOGAM.

  Asas Operasi.

          Proses Kimpalan Arka Gas Logam merangkumi suapan elektrod secara automatik dan berterusan, dawal elektrod gunahabis dilindungi oleh bekalan gas.

                Proses seperti gambarajah dibawah. selepas disetkan oleh jurukimpal, alat kelengkapan mempunyal pelaras automatik bagi menyelaraskan sifat arka elektrik. Dari itu pelaras yang dikawal olih jurukimpal adalah hanya kelajuan bergerak,, arah dan kedudukan muncung kimpalan (torch).

                  Pemilihan elektrod atau dawai penambah dan gas pelindung adalah berpandukan kepada jenis logam yang akan dikimpal.  Proses ini juga bolih digunakan  bagi mengimpal pengerasan permukaan dan penambahan permukaan (padding).

             Bekalan kuasa yang digunakan untuk mesin kimpalan adalah jenis voltan malar. Arus kimpal yang biasa digunakan dalam proses Kimpalan Arka Gas Logam ini ialah diantara 20 amp. Pada voltan arka 18 v dab keparas tertinggi 750 amp. Pada voltan arka 50 v. Penggunaan araus terus kekutuban berbalik sering digunakan dalam proses ini.
Category: